Tidur tidak berkualiti boleh tingkatkan kalori harian
Kajian yang dijalankan terhadap 12 orang lelaki mendapati bahawa, ketika mereka hanya dibenarkan tidur selama empat jam, secara puratanya mereka mengambil 559 kalori yang lebih banyak pada hari berikutnya.
Jumlah ini ternyata lebih banyak berbanding ketika mereka dibenarkan untuk tidur selama lapan jam.
Pertambahan kalori ini mungkin disebabkan oleh peningkatan selera makan dan pilihan makanan yang buruk seperti snek yang tinggi kalori dan tidak bernutrisi.
Selain itu, beberapa kajian juga mendapati bahawa, sebahagian besar kalori yang berlebihan ini diambil dalam bentuk makanan ringan selepas makan malam.
source: https://hellodoktor.com/pemakanan/diet-pengurusan-berat-badan/cara-turun-berat-badan-tidur/