Apa rawatan serangan jantung yang patut dilakukan?

Oleh sebab masa merupakan penentu kepada tahap klinikal individu semasa mengalami serangan jantung, tindakan yang paling wajar dilakukan adalah untuk membawa penderita ke hospital dengan kadar segera.

Memang tindakan ini dianggap sebagai common sense namun bagi situasi tertentu, mereka yang mengalami simptom cenderung untuk meneruskan apa yang mereka sedang lakukan dan tidak menghiraukan simptom tersebut.

Perkara ini boleh menjejaskan tahap kesihatan jantung.

Oleh yang demikian, kita seharusnya lebih peka dengan simptom masalah jantung. Jika anda atau terdapat orang awam yang mengalami situasi ini, berikut rawatan serangan jantung:

  • Dapatkan bantuan kesihatan atau hantar individu yang mengalami sakit jantung ke hospital berdekatan
  • Jika tidak berkemampuan untuk bergerak kerana sakit atau keadaan lain, hubungi talian 999 atau minta orang awam untuk bawakan anda ke hospital berdekatan dengan kadar segera
  • Jangan memandu kereta semasa mengalami simptom sakit dada atau simptom masalah jantung yang lain
  • Jika anda tiada sejarah alergi kepada ubat aspirin, ambil pil aspirin 300 mg yang boleh dikunyah dengan kadar segera
  • Sebelum ambulans sampai, ikut langkah-langkah bantuan kecemasan yang diberikan melalui talian 999 jika perlu (contoh semasa situasi pesakit pengsan)
  • Jika pesakit mempunyai ubat glyceryl trinitrate, kemam sebiji di bawah lidah dan dapatkan bantuan perubatan dari hospital berdekatan
  • Perkara paling penting, jangan cuba cpr untuk serangan jantung jika anda tidak tahu cara yang betul

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
error: Content is protected !!
Scroll to Top