Apa itu Teh Kombucha
Pengamal teh kombucha mengatakan yang dengan minum minuman ini membantu kesihatan mereka dari pelbagai sudut. Namun menurut WebMD, masih belum cukup bukti untuk mengiakan hal ini. Walaupun menurut pengamal teh kombucha dan laman sesawang milik Dr Axe, khasiat teh kombucha termasuklah:
membantu penghadaman
menurunkan beratbadan
meningkatkan tenaga
membersihkan dan detoksifikasi badan
membantu sistem imun
mengurangkan sakit sendi
mengurangkan risiko kanser
membantu memori
mengurangkan risiko PMS
mengurangkan rambut gugur
Teh kombucha boleh dijadikan minuman alternatif kepada minuman manis yg tidak berkhasiat.
source: https://my.theasianparent.com/teh-kombucha